Lanjut PKPB beri ruang perangi Covid-19 ke tahap lebih terkawal

Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 -Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
 -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berupaya memberi ruang kepada kerajaan dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19) sehingga ke tahap lebih terkawal, dalam masa sama mengimbangi pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tahap keberkesanan tindakan itu akan dinilai dari semasa ke semasa.

Menurutnya, dengan cara itu juga, ia turut membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggiatkan usaha melalui pengesanan kes aktif kepada kumpulan sasar yang berisiko tinggi.

"KKM menyambut baik pengumuman pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun ini kerana ia akan terus memberi ruang kepada kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19 ini sehingga ke tahap yang lebih terkawal.

"Tindakan-tindakan ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui pelaksanaan PKPB dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, pihaknya menjangkakan dalam tempoh dua minggu akan datang, kesan pelaksanaan PKPB akan diketahui sama ada berupaya menurunkan kes atau sebaliknya.

Secara asasnya beliau berkata, jangkitan pandemik itu masih lagi terkawal meskipun sejak beberapa hari terdapat kluster baharu dikesan.

"Setakat ini baru minggu pertama (PKPB dilaksanakan) dan mungkin seminggu dua lagi kita akan lihat perkembangan terkini iaitu (sama ada) kaedah baharu iaitu PKPB beri impak yang tinggi iaitu dapat kita menurunkan kes seterusnya sehingga mencapai kawalan penularan Covid dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini alhamduillah, walaupun ada tiga kawasan PKPD, kita telah jalankan pengesanan aktif kes dan kita harap dapat kekalkan kes dua angka ini," katanya.

Katanya, sekiranya pelaksanaan PKPB memberi impak positif, sasaran kes satu angka akan dapat dicapai sekurang-kurangnya dua minggu lagi.