Dicekup sebelum sempat nikmati hasil samun

Dua daripada empat suspek yang ditangkap semalam.Gamabr kanan: Kereta yang digunakan suspek untuk melarikan diri.
Dua daripada empat suspek yang ditangkap semalam.Gamabr kanan: Kereta yang digunakan suspek untuk melarikan diri.
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak sampai 24 jam, empat suspek bersenjatakan pisau dan parang ditahan polis sebelum sempat menikmati hasil samun dalam dua tangkapan berasingan di Shah Alam dan Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua lelaki berumur dari 30 hingga 40 tahun itu dipercayai melakukan samun terhadap dua mangsa di sebuah bengkel kereta di Jalan Setia Prima A U13/A.

"Gerakan memburu suspek dilakukan selepas kita menerima makluman mengenai kejadian. Dua suspek kemudiannya berjaya ditahan di sekitar lokasi kejadian bersama sebuah kereta.

"Kereta itu dipercayai digunakan untuk melarikan diri manakala dua lagi suspek ditahan di rumah mereka di sekitar kawasan Klang," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: