X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

PKPD tetap dilaksanakan jika kes jangkitan meningkat

Kerajaan menjelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan terjejas akan dilaksanakan sekiranya berlaku peningkatan ketara selepas beberapa minggu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menjelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan-kawasan terjejas akan dilaksanakan sekiranya berlaku peningkatan ketara selepas beberapa minggu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehubungan itu merayu agar seluruh rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku.

"Bukan susah, mudah sahaja. Elakkan tempat yang sesak, amalkan penjarakan sosial, pakai penutup mulut dan hidung, sentiasa basuh tangan atau gunakan hand sanitizer. Selain itu, keluar rumah hanya jika perlu sahaja.

"Kita telah cuba melakukan yang terbaik dalam usaha memerangi wabak Covid-19. Usaha kita ini telah menunjukkan petanda kejayaan tetapi saya nak nasihatkan supaya kita jangan alpa.

"Kita masih di peringkat awal pelaksanaan PKPB. Dengan jumlah orang ramai yang mula keluar dari rumah untuk bekerja semakin meningkat, risiko jangkitan juga turut meningkat," katanya pada Perutusan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau mengakui tempoh beberapa minggu ke hadapan agak kritikal bagi negara.

"Ini kerana hasil pelaksanaan PKPB hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa minggu lagi," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!