Jakim perhalusi SOP solat berjemaah di masjid

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memperhalusi tatacara atau prosedur operasi standard (SOP) mengenai solat berjemaah di masjid termasuk solat Jumaat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selepas SOP tersebut dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja selaku Ketua Agama Islam Persekutuan serta negeri untuk diperkenan baharu kerajaan akan mengumumkan kebenaran bersolat secara berjemaah di masjid.

"Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat tarawih dan solat lima waktu. Insya-ALLAH, kita doakan keadaan akan bertambah baik.

"Tambahan pula telah banyak kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid di kawasan ini telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah.

"Berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan," katanya pada Perutusan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata, selain masjid, gereja dan rumah-rumah ibadat bagi penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh serta lain lain-lain, kerajaan akan mengumumkan SOP tertentu untuk membolehkan mereka yang bukan beragama Islam mengerjakan ibadat di rumah ibadat masing-masing.

Artikel Berkaitan: