Covid-19: Kes seluruh dunia melepasi 4 juta

Korban di seluruh dunia mencecah 277,860 orang sementara pesakit yang sembuh seramai 1,348,383.
Korban di seluruh dunia mencecah 277,860 orang sementara pesakit yang sembuh seramai 1,348,383.
A
A
A

ANKARA - Jumlah kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia kini melepasi empat juta hari ini, lapor agensi berita Anadolu memetik data Johns Hopkins University.

Data itu menunjukkan korban di seluruh dunia mencecah 277,860 orang sementara pesakit yang sembuh seramai 1,348,383.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam wabak menyaksikan lebih 1.3 juta kes jangkitan dan 78,469 orang maut.

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF

Diikuti United Kingdom (UK) dengan 31,662 orang meninggal dunia manakala Itali di kedudukan ketiga tertinggi menyaksikan seramai 30,395 pesakit maut.

Di Perancis pula 26,313 orang meninggal dunia disusuli Sepanyol dengan 26,299 kematian.

Sepanyol mempunyai kes kedua tertinggi iaitu lebih 222,800 diikuti Itali, UK dan Rusia.

China negara pertama wabak maut itu dikesan kini mencatatkan sifar kes. Keseluruhan negara itu melaporkan 83,976 kes dengan tiada kematian sejak minggu lalu menjadikan angka korban kekal seramai 4,637 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: