MITI, MAA bincang insentif EEV, harga kereta

 Dr Ong Kian Ming - Foto Bernama
Dr Ong Kian Ming - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan bertemu Persatuan Automotif Malaysia (MAA) minggu depan bagi membincangkan isu-isu utama, termasuk insentif untuk kenderaan cekap tenaga (EEV) serta kelulusan harga kereta.

“MITI akan menyelaras pertemuan dengan MAA dan pemegang kepentingan yang lain, supaya kami boleh berbincang. Kami akan mengumumkan keputusannya (perbincangan) kepada media,” kata timbalan menteri berkenaan Dr Ong Kian Ming.

Kian Ming berkata demikian selepas pembentangan ‘gambaran menyeluruh industri automotif 2018 dan maklumat penggunaan tenologi 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Pembangunan Perniagaan Automotif (ABDC) merupakan pusat yang memproses permohonan insentif dan cadangan lain, yang kemudiannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

Semalam, MITI mengeluarkan kenyataan mengenai kelewatan meluluskan harga model baharu kereta, dengan menyatakan bahawa ia bertujuan memastikan insentif yang diberikan, diagihkan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Kementerian itu berkata proses membuat keputusan oleh ABDC, perlu telus, adil dan komprhensif.- Bernama

Artikel Berkaitan: