Sabak Bernam daerah kedua zon hijau di Selangor

Selangor mencatat 20 kematian akibat dijangkiti virus Covid-19 setakat jam 12 tengah hari semalam.
Selangor mencatat 20 kematian akibat dijangkiti virus Covid-19 setakat jam 12 tengah hari semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Daerah Sabak Bernam yang merekod sifar kes aktif positif koronavirus (Covid-19) menjadi daerah kedua di Selangor yang berstatus zon hijau selepas daerah Kuala Langat.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan daerah Hulu Langat yang sebelum ini ditakrif sebagai zon merah pula kini bertambah baik dan diklasifikasikan sebagai zon kuning.

Namun dua daerah iaitu Gombak dan Petaling masih direkod sebagai zon merah dengan masing-masing mempunyai 79 dan 62 kes aktif positif Covid-19.

Menurut STFC, setakat jam 12 tengah hari semalam, 10 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,596 kes terkumpul Covid-19 di Selangor.

Seramai 1,328 pesakit dilaporkan sembuh manakala 206 kes masih aktif.

Selangor mencatat 20 kematian akibat dijangkiti virus Covid-19 setakat jam 12 tengah hari semalam.

“Dua berita baik. Berita pertama, dua mukim Selangor telah bertambah baik iaitu mukim Pasir Panjang telah bersih dari kes aktif yang menjadikannya mukim ke-33 berstatus zon hijau manakala mukim Hulu Langat pula telah bertambah baik menjadi zon kuning. Tahniah bagi penduduk di kedua-dua mukim tersebut.

“Berita baik seterusnya, daerah Sabak Bernam telah menjadi daerah kedua di Selangor yang berstatus zon hijau. Tahniah buat kesemua penduduk daerah tersebut,” menurut kenyataan yang dimuat naik itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, STFC turut mengingatkan orang ramai supaya terus mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.

“Walaupun situasi kelihatan makin baik amalan ‘new normal’ tetap perlu dijunjung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) ini berjalan.

“Penjarakkan sosial, kebersihan diri, memakai topeng muka dan mengimbas kod aplikasi SELangkah di premis yang dikunjungi sudah seharusnya dijadikan tabiat baru buat warga Selangor,” menurut kenyataan itu lagi.