Digugur keahlian: Tak pasti apa lagi akan kena, kata Nolee Ashilin

Nolee Ashilin (kanan), bersama sebahagian peserta skim rumah berkenaan
Nolee Ashilin (kanan), bersama sebahagian peserta skim rumah berkenaan
A
A
A

IPOH - "Saya tak keluar parti dan tidak pernah melompat," demikian reaksi Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berhubung tindakan yang dikenakan Umno terhadapnya.

Beliau berkata, setakat ini, pimpinan pusat Umno telah mengambil langkah awal dengan menggugurkan keahliannya sebagai ahli.

Tindakan itu diambil setelah Nolee Ashilin berserta Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebelum ini menyatakan sokongan kepada PH bagi membentuk kerajaan di negeri Perak pada PRU14 lalu.

"Saya tak pasti, apa lagi tindakan yang akan (Umno) lakukan kerana mereka telah melakukan tindakan tersebut lebih awal.

"Umno sebelum ini juga jelas dengan tindakan mereka menyokong PH. Saya tak boleh nak kata apa-apa," katanya pada sidang media sempena Program Cabutan Undi Lot untuk Skim Rumah di Pusat Khidmat Adun Tualang Sekah, pagi tadi.

Artikel Berkaitan: