Alcosm, BPAM sumbang tisu basah kepada KKM

Pengarah Pemasaran Alcosm Pte Ltd, Jave Ho (dua dari kanan) ketika majlis penyerahan sumbangan tisu basah bernilai RM550,000 kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Dewan Serbaguna KKM pada Rabu lalu.
Pengarah Pemasaran Alcosm Pte Ltd, Jave Ho (dua dari kanan) ketika majlis penyerahan sumbangan tisu basah bernilai RM550,000 kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Dewan Serbaguna KKM pada Rabu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Alcosm Pte Ltd dan Persatuan Peniaga Barangan Bayi (BPAM) mengagihkan sumbangan sebanyak 25,000 pek tisu basah berasaskan alkohol yang bernilai RM550,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumbangan itu sebagai tanda penghargaan dan komitmen diberikan syarikat berkenaan kepada petugas perubatan yang merupakan barisan hadapan negara.

Pengarah Urusan Alcosm Pte Ltd, Tai Zi Kang berkata, pek tisu basah itu akan diedarkan ke hospital serta klinik kerajaan di seluruh negara bagi meningkatkan perlindungan petugas perubatan.

Menurutnya, pada 31 Mac lalu, pihaknya memperkenalkan produk tisu basah berasaskan 75 peratus kandungan alkohol dan mendapat sokongan padu daripada pengguna di negara ini.

“Kami ingin memberikan sesuatu kepada pasukan perubatan sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni mereka dalam membasmi koronavirus (Covid-19).

“Kami mendengar keluhan mengenai kekurangan pakaian peralatan pelindung diri (PPE), meskipun bisnes kami tidak tergolong dalam kategori alat perlindungan diri namun kami ingin pasukan perubatan mempunyai perlindungan persendirian,” katanya ketika ditemui di sini Rabu lalu.

Sebelum itu, majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengarah Pemasaran Alcosm Pte Ltd, Jave Ho kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Dewan Serbaguna KKM.

Turut hadir, Presiden BPAM, Gwei Tze-Co.

Artikel Berkaitan:

Zi Kang berkata, Alcosm Pte Ltd merupakan syarikat pertama melancarkan tisu basah berasaskan alkohol yang optimum di Malaysia.

Produk berkenaan mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dengan lebih daripada 20,000 pek tisu basah terjual dalam masa kurang lima hari sejak pelancaran laman sesawangnya www.alcosm.com pada 31 Mac lalu.

“Tisu basah AlcosmTM boleh didapati di kebanyakan kedai serbaneka, farmasi dan pasar raya di seluruh negara,” katanya.