Pasar mini jijik diarah tutup

Keadaan belakang premis yang dijadikan tempat memproses ayam dan ikan berada dalam keadaan kotor sewaktu pemeriksaan dijalankan semalam.
Keadaan belakang premis yang dijadikan tempat memproses ayam dan ikan berada dalam keadaan kotor sewaktu pemeriksaan dijalankan semalam.
A
A
A

SENTUL - Sebuah pasar diusahakan warga asing di Jalan Sentul Pasar di sini diarah tutup selepas beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pasar mini terletak dalam kawasan apartmen servis itu diperiksa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang semalam selepas menerima aduan.

"Pemeriksaan yang dijalankan semalam mendapati aduan ketidakpatuhan operasi perniagaan itu benar.

"Pasar mini itu didapati turut menjalankan penyembelihan ayam dan ikan di ruang belakang premis dalam keadaan kotor," katanya.

Katanya, penutupan premis dilakukan serta-merta dengan pita keselamatan turut dipasang sebagai menghalang kedai itu meneruskan operasi.

Artikel Berkaitan: