'Kesian mak cik Kiah'

Status Syahredzan di Facebooknya menyindir kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menunaikan janji meluluskan bantuan BPN kepada rakyat memerlukan.
Status Syahredzan di Facebooknya menyindir kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal menunaikan janji meluluskan bantuan BPN kepada rakyat memerlukan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Ironinya, kalau mak cik Kiah daftar perniagaan goreng pisang dia dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mak cik Kiah pun tidak dapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Kesian mak cik Kiah."

Demikian sindiran Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Syahredzan Johan kepada kerajaan Perikatan Nasional melalui status di akaun Facebook miliknya hari ini.

Syahredzan berkata, ramai orang yang mengadu permohonan BPN mereka ditolak kerana mereka ada mendaftarkan perniagaan dengan SSM.

Bahkan beliau menegaskan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sendiri memaklumkan bahawa permohonan BPN ditolak atas faktor itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Semak permohonan rayuan BPN mulai hari ini

"Menurut LHDN, mereka yang ada perniagaan boleh mohon Geran Khas Prihatin (GKS) tetapi ia untuk perniagaan manakala BPN untuk kelangsungan hidup dan permohonan baharu buka bulan Mei dan pembayaran bulan Jun.

"Bayangkan, mohon BPN April. Mei dapat tahu tidak layak. Kena mohon GKS pula itu pun kalau layak, Jun baru boleh dapat duit. Habis 2-3 bulan sebelum itu macam mana pula?

"Yang paling menyedihkan adalah semua ini langsung tidak dinyatakan semasa pengumuman dibuat. Dikhabarkan tiada siapa yang akan ketinggalan, kononnya," katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Artikel Berkaitan:

Syahredzan turut menyindir Menteri Kewangan baharu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang melantik tiga ahli Parlimen dari Perikatan Nasional menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kementerian itu.

Pelantikan itu dianggap tidak bertepatan pada saat ramai rakyat Malaysia yang masih tidak menerima pelbagai bantuan dijanjikan kerajaan Perikatan Nasional sepanjang pandemik koronavirus (Covid-19) seperti BPN.

"Sementara itu, Menteri Kewangan baharu lantik tiga MP (ahli Parlimen) Perikatan Nasional jadi pengerusi GLC. Murah rezeki mereka," katanya.