X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 54 kes baharu, 45 libatkan warga asing

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

SHAH ALAM - Malaysia mencatatkan sebanyak 54 kes positif baharu koronavirus (Covid-19) hari ini yang mana 45 kes daripadanya adalah dalam kalangan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,589 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,552 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

"Ingin dimaklumkan bahawa daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan.

"Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes di mana sebanyak tiga kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 18 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat 65 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,929 kes atau 74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Noor Hisham berkata, terdapat satu kes kematian dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 108 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid.

"Pesakit mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19 iaitu kes ke-1276 yang berkaitan dengan perhimpunan di Sri Petaling," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!