KPWKM, KKM bincang SOP baharu di taska

Kerajaan akan mengeluarkan SOP baharu di pusat jagaan kanak-kanak atau taska bagi memastikan keselamatan kesihatan kanak-kanak terjamin.
Kerajaan akan mengeluarkan SOP baharu di pusat jagaan kanak-kanak atau taska bagi memastikan keselamatan kesihatan kanak-kanak terjamin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) bagi menyediakan prosedur operasi standard (SOP) baharu di pusat jagaan kanak-kanak atau taska.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi memastikan keselamatan kesihatan kanak-kanak sewaktu berada di pusat jagaan terjamin.

"Saya faham ada beberapa taska perlu dibuka kerana ada ibu bapa perlu mula bekerja. Sebab itu akhirnya (ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan) terpaksa dibuka dan bagi menjaga keselamatan semua pihak kementerian berkaitan akan mengeluarkan SOP," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Menjawab mengenai dilema dan rasa serba salah guru kerana ada pendidik di negeri tertentu perlu pulang ke stesen masing-masing dan tidak, beliau berkata, perkara tersebut perlu dirujuk terus kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau kementerian itu.

"Ini merupakan perkara yang diputuskan oleh Kementerian Pendidikan. Walaupun sekolah belum bermula, mungkin wujud keperluan untuk guru-guru ke sekolah bagi menyediakan perkara-perkara berkaitan pengajaran atau sebagainya.

"Arahan itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, jika ada apa-apa kemusykilan hubungi PPD atau terus kepada Kementerian Pendidikan," katanya.

Artikel Berkaitan: