Inkues Adib: Mahkamah akan dengar hujahan kuil, Majlis Peguam

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Mahkamah Koroner menetapkan 31 Januari depan untuk mendengar hujahan peguam Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman untuk dijadikan pihak berkepentingan dalam inkues Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Rofiah Mohamad selaku Koroner selepas peguam Cyrus Tui Foo memaklumkan perkara itu.

Cyrus yang mewakili Majlis Peguam turut memohon menjadi peguam pemerhati dalam inkues itu atas alasan mempunyai kepentingan.

"Sebelum ini, menteri telah mengeluarkan kenyataan berhubung penglibatan seorang peguam yang didakwa mengupah gengster dalam insiden rusuhan kuil itu.

"Secara keseluruhan, kes ini melibatkan hak asasi dan kepentingan awam. saya percaya Majlis Peguam mempunyai kepentingan," katanya.

Pada prosiding itu, Rofiah memutuskan peguam bagi pihak keluarga adalah pihak berkepentingan dalam inkues itu dan boleh mengemukakan soalan kepada saksi.

Keluarga Muhammad Adib diwakili oleh lima barisan peguam iaitu Muhammad Kamaruzzaman A Wahab, Ahmad Taufiq Baharum, Ahmad Lutfi Awang, Mohd Zubir Embong dan Mohd Tajuddin Abdul Razak manakala Syazlin Mansor mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)

Koroner itu turut membenarkan peguam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mansor Saat menjadi peguam pemerhati dalam prosiding itu.

Artikel Berkaitan:

Perbicaraan ditetapkan selama 44 hari bermula 11 Februari sehingga 12 April depan.