X

Kindly register in order to view this article
!

Kurangkan birokrasi dalam pemberian elaun: Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh Hamzah (Laporan Sinar Harian hari ini.)
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memudahkan pemberian elaun khas RM200 kepada petugas barisan hadapan terutamanya anggota polis seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, terdapat banyak aduan yang mendakwa mereka yang layak dikehendaki mengisi banyak borang sebelum menerima elaun tersebut.

“Demikian juga susahnya untuk mendapat bantuan di bawah program Bantuan Prihatin Kerajaan. Tidakkah ini zaman rakyat susah, janganlah terlampau birokratik. Permudahkanlah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, akhbar Sinar Harian menyiarkan keluhan beberapa anggota polis yang sukar mendapat elaun khas penugasan koronavirus (Covid-19) yang berjumlah RM200 sebulan.

Anggota polis tersebut mendakwa mereka perlu mengisi tiga set borang sebelum boleh menuntut elaun tersebut.

Antara dokumen yang disertakan sekali dalam borang tersebut adalah salinan akaun bank, salinan slip gaji, surat arahan bertugas daripada ketua bahagian dan surat arahan bertugas yang ditandatangani oleh ketua polis daerah serta senarai nama petugas.

Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan elaun khas RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta Rela yang terlibat secara langsung melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Elaun ini akan mula dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak Covid-19 berakhir,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak ikhlas nak bagi elaun!

'Kami bukan tidak bersyukur...'

Susah 'claim' elaun: Bukit Aman bincang dengan kontinjen negeri


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!