Isu pengusaha bas sekolah minta bayaran dibawa ke kementerian

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Isu berkaitan pengusaha bas sekolah yang meminta bayaran bulanan daripada ibu bapa meskipun sesi persekolahan belum bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu akan dibawa ke pengetahuan Kementerian Pengangkutan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat, operator bas sekolah sepatutnya tidak meminta bayaran kerana mereka tidak menyediakan perkhidmatan sepanjang PKP.

"Tidak ada perkhidmatan tentu tidak boleh minta bayaran. Ia perkhidmatan menghantar pelajar ke sekolah dan tidak ada sebab untuk meminta ibu bapa membayarnya.

"Bas sekolah di bawah Kementerian Pengangkutan. Saya percaya lesen mereka juga dikeluarkan oleh kementerian itu. Saya akan bawa kepada kementerian itu dan mereka akan keluarkan arahan kepada pengusaha bas sekolah mengenai apa yang boleh dan tidak boleh," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dilema yang dihadapi oleh ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah apabila ada pengusaha bas sekolah meminta bayaran penuh dan separuh bulan biarpun sekolah masih belum dibuka sejak Mac lalu.

Artikel Berkaitan: