Covid-19 di Selangor masih terkawal: MB

Amirudin (tiga dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada Frontlines dan Pusat Kuarantin Covid-19 Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
Amirudin (tiga dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada Frontlines dan Pusat Kuarantin Covid-19 Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penularan wabak koronavirus (Covid -19) di negeri Selangor masih terkawal dan mencatatkan penurunan kes di beberapa buah kawasan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya dalam usaha mengelakkan pertambahan dari segi kluster baharu atau sub-sub kluster baharu.

"Pada masa sama, kerajaan negeri turut meneliti dan memantau kawasan-kawasan yang menjadi tempat sub kluster kepada Pasar Borong Kuala Lumpur iaitu Pasar Taman Megah dan Pasar Jalan Osman," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada Frontlines dan Pusat Kuarantin Covid-19 Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.

Katanya, dalam masa sama usaha penyaringan di pasar-pasar juga turut dijalankan dengan lebih meluas.

Terdahulu, pada 22 April lalu, saringan komuniti bersasar telah dijalankan sebagai satu pendekatan 'Detect Early-Isolate Early-Treat Early' bagi menurunkan kadar perebakan dan kadar kematian (mortality rate) ke tahap lebih rendah.

Sebanyak 382 sampel dapat diambil dan kesemua sampel mencatatkan keputusan negatif iaitu tiada jangkitan Covid-19.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terlibat sama dalam mesyuarat gerak kerja operasi itu dan bersetuju dengan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan: