Hargai bakti dan pengorbanan frontliner

Thanenthiran (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menyiapkan kain rentang ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan.
Thanenthiran (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya menyiapkan kain rentang ucapan penghargaan kepada petugas barisan hadapan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Usaha gigih semua petugas barisan hadapan dalam mendepani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini wajar dipuji dan dihargai.

Mereka bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, malah semua frontliner juga komited dalam melaksanakan tugas mereka hanya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap penduduk terjaga sejak dari awal negara diserang wabak berbahaya itu.

Bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada wira dan wirawati negara yang bertungkus-lumus berkhidmat selama ini, Parti Makkal Sakti menyeru orang ramai untuk menggantungkan kain rentang ucapan penghargaan di hadapan rumah masing-masing.

Presidennya, Datuk Seri RS Thanenthiran, berkata, peranan setiap petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat, polis, askar, sukarelawan dan petugas pembersihan perlu disanjung tinggi kerana dengan khidmat bakti mereka negara kini hampir berjaya dalam memerangi wabak Covid-19.

Menurutnya, kecekapan kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan dalam mengatur strategi juga tidak dapat dinafikan lagi sehinggakan mendapat perhatian dan pujian dari beberapa negara serta badan antarabangsa.

Thanenthiran (kiri) menunjukkan kain rentang yang dihasilkan sebagai tanda menghargai petugas barisan hadapan.
Thanenthiran (kiri) menunjukkan kain rentang yang dihasilkan sebagai tanda menghargai petugas barisan hadapan.

"Kita pastinya bersyukur kerana wabak yang ditakuti di seluruh dunia ini dapat dikawal dengan baik oleh kerajaan dan sanjungan perlu diberikan atas khidmat bakti petugas barisan hadapan yang sanggup bersengkang mata dan mengerahkan tenaga demi menjaga keselamatan semua rakyat.

"Dengan ucapan penghargaan yang diberikan ini diharap dapat menyuntik semangat mereka lagi untuk terus berkhidmat sehingga negara kita bebas daripada virus ini," katanya ketika ditemui media di kediamannya di Kampung Kastam di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Thanenthiran berkata, aktiviti menggantungkan ucapan penghargaan ini juga boleh dilakukan seisi keluarga bagi memenuhi masa lapang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, dalam menghadapi norma baru dan usaha memerangi wabak Covid-19, semua masyarakat perlu sentiasa mematuhi arahan serta nasihat kerajaan selain sentiasa memastikan kebersihan diri dan mengamalkan penjarakan sosial.