Hari-Hari bantu peniaga kecil jual kuih, biskut raya

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh usahawan atau peniaga kecil yang berminat.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh usahawan atau peniaga kecil yang berminat.
A
A
A

PUSAT Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (Hari-Hari) melancarkan Kempen Bazaar Kita Tolong Kita 2020 untuk membantu usahawan kecil berdekatan dengan cawangannya menjual kuih atau biskut raya secara percuma.

Hari-Hari dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, inisiatif itu diambil susulan tiada Bazaar ataupun pasar malam pada musim perayaan ini.

Menurut kenyataan itu, usahawan atau peniaga tidak perlu membayar sebarang sewa dan keuntungan 100 peratus milik mereka.

"Mereka hanya perlu hubungi mana-mana cawangan Hari-Hari dan jika dipilih, mereka hanya perlu menghantar produk ke cawangan tersebut dan staf kami akan tolong jual.

"Hanya lima peniaga yang akan dipilih untuk satu cawangan. Kempen ini diharapkan dapat membantu serba sikit usahawan kecil yang susah nak jual kuih raya mereka," kata kenyataan itu.

Kempen Bazaar Kita Tolong Kita 2020 berlangsung bermula 12 Mei sehingga 31 Mei 2020.
Kempen Bazaar Kita Tolong Kita 2020 berlangsung bermula 12 Mei sehingga 31 Mei 2020.

Tempoh pendaftaran bermula hari ini sehingga cukup lima peniaga bagi satu cawangan dan tempoh jualan berlangsung bermula 12 Mei sehingga 31 Mei 2020.

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh peniaga ialah menghubungi cawangan https://ibb.co/y4M7bwd diminati dan nyatakan produk yang hendak dijual.

Artikel Berkaitan:

Hanya kuih raya atau biskut Raya (makanan kering) yang dibenarkan dan jika dipilih, peniaga perlu menghantar produk mereka ke cawangan tersebut serta mengisi borang.

Peniaga perlu meletakkan harga pada produk mereka untuk memudahkan pelanggan membelinya dan kakitangan Hari-Hari akan membantu menjualnya sepanjang tempoh kempen iaitu 12 Mei sehingga 31 Mei 2020.

Peniaga boleh menebus semula duit jualan selang hari atau menambah stok mereka dan baki produk itu yang tidak dijual boleh diambil selepas 31 Mei 2020.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Hari-Hari https://www.facebook.com/harihari/