PERIEB bantu golongan terjejas akibat Covid-19

PERIEB mengagihkan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Covid-19 dengan kerjasama Persatuan Anak Kampong Pandan serta Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Amal Murni baru-baru ini.
PERIEB mengagihkan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Covid-19 dengan kerjasama Persatuan Anak Kampong Pandan serta Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Amal Murni baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Integrasi 3B Selangor (PERIEB) bekerjasama dengan Persatuan Anak Kampong Pandan dan Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Amal Murni bagi menjayakan Misi Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 bagi membantu golongan yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Pengasas PERIEB, Ammar Shihaimi berkata, lebih 200 penerima yang terdiri daripada peniaga berstatus ibu tunggal, warga emas dan asnaf fakir miskin mendapat manfaat daripada bantuan itu.

“Kawasan-kawasan yang menerima misi bantuan adalah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, Pandan Jaya dan Pandan Perdana, Taman Kencana.

“Pihak PERIEB banyak menerima data mengenai penerima sumbangan. Justeru, pihak kami bekerjasama dengan Persatuan Anak Kampung Pandan, Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Amal Murni, syarikat korporat serta orang awam bagi memastikan misi bantuan ini berjalan lancar,” katanya menerusi satu kenyataan kelmarin.

Artikel Berkaitan: