Lebih 3.91 juta dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia

Kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.91 juta, iaitu pertambahan lebih 90,000 kes.
Kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.91 juta, iaitu pertambahan lebih 90,000 kes.
A
A
A
Kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.91 juta, iaitu pertambahan lebih 90,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100 ribu kes kini 10 negara dengan pertambahan Iran.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.27 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200 ribu kes iaitu Sepanyol 221 ribu, Itali 217 ribu dan United Kingdom 212 ribu kes positif.

Sementara Rusia, Perancis dan Jerman masing-masing merekodkan 187 ribu, 174 ribu dan 170 ribu kes positif.

Manakala Brazil, Turki dan Iran mencatatkan 141 ribu, 135 ribu dan 104 ribu kes positif Covid-19.

Pesakit yang telah sembuh akibat virus itu juga dilaporkan meningkat kepada 1.3 juta kes.- AWANI

Artikel Berkaitan: