Tuduh Johor Bahru Darul Maksiat, pelan tindakan perlu dirangka

Ayub Rahmat
A
A

JOHOR BAHRU - Bekas exco kerajaan negeri, Datuk Ayub Rahmat terpanggil memberi reaksi mengenai isu tular di laman sosial yang menuduh Johor Bahru sebagai Darul maksiat.

Bekas Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor itu berkata, isu vape pernah diharamkan penjualannya di Johor.

"Semasa isu vape diharamkan penjualan di Johor, saya mendapat maklumat wujudnya penyalahgunaan dadah dengan memasukkan cecair dadah sintetik ke dalam 'vape' semasa berada di pusat hiburan.

"Saya juga pernah mendedahkan rakaman video mengenai masalah penyalahgunaan dadah sintetik di pusat hiburan ketika Mesyuarat Tindakan Dadah Negeri dahulu.

"Peringatan juga pernah diberikan kepada pihak berkuasa agar bertindak lebih tegas kepada pemilik pusat hiburan yang melanggar syarat permit hiburan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ayub berkata, apabila perkara ini ditimbulkan kembali, beliau yakin permasalahan ini harus dibendung segera.

Justeru, beliau berpendapat semua permasalahan ini di dalam pengetahuan pemilik pusat hiburan, cuma ia tidak mampu dikawal kerana takut kehilangan pelanggan mereka.

"Sudah tiba waktunya untuk PDRM, AADK, Jabatan Imigresen dan pbt bergandingan mengadakan operasi bersepadu secara berkala menyerbu pusat hiburan yang beroperasi di luar waktu operasi mereka," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan negeri juga dapat menetapkan sasaran dan merangka pelan tindakan membanteras permasalahan ini.

"Melalui kaedah ini, indeks petunjuk utama prestasi akan membantu usaha membanteras permasalahan tersebut dengan lebih sistematik dan bersifat 'win win situation' kepada semua pihak.