Penduduk Kampung Sungai Ruil teruja kehadiran Najib

Najib dan Ramli mengambil kesempatan mendekati penduduk di perkampungan orang asli moden, Kg Sungai Ruil, pagi ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.
Najib dan Ramli mengambil kesempatan mendekati penduduk di perkampungan orang asli moden, Kg Sungai Ruil, pagi ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Penduduk Kampung Sungai Ruil begitu teruja dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Sebaik tiba, Najib terus meninjau sekeliling sambil memuji kebersihan di kawasan tersebut.

Meskipun hanya 30 minit, namun Najib sempat meluangkan masa berbual dengan penduduk yang hadir.

Beliau juga sempat bersarapan bersama pimpinan kampung dan tetamu yang hadir.

"Terima kasih banyak datuk seri, terima kasih," kata seorang penduduk sambil bersalaman dengan Najib.

Najib turut memberi ucapan bagi meraih sokongan pengundi kepada calon BN, Ramli Mohd Nor

"Ini peluang Orang Asli mencatat sejarah dalam Malaysia. Ini orang kita!," katanya sambil disambut sorakan penduduk yang hadir.

Ketika ditanya salah seorang wakil penduduk, Bahau Bahgeran, 62 berkata undi itu hak individu namun bagi dirinya, pilihan tetap BN.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan keluar mengundi nanti. (Semua memang pilih BN?) Saya sendiri memang akan pilih BN tapi penduduk lain saya tak pasti.

"Sebab itu pilihan masing-masing, tak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.