Masih belum ada petunjuk

Operasi SAR mangsa di kawasan Sungai Jelai oleh anggota bomba dan turut disertai penduduk kampung.
Operasi SAR mangsa di kawasan Sungai Jelai oleh anggota bomba dan turut disertai penduduk kampung.
A
A
A

LIPIS - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki, Asri Sallih yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Jelai dekat Tanjung Jati Kuala Lipis semalam yang masuk hari kedua hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azri Mohd Noor berkata, seramai empat pegawai, 22 anggota terdiri pelbagai agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta lima penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari mangsa yang berusia 47 tahun dari Kampung Tanjung Lipis.

Menurutnya, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan disambung esok.

"Hari ini jarak pencarian mangsa sehingga 10 kilometer (km) radius dan operasi bermula jam 8 pagi tadi.

"Operasi SAR akan disambung di kawasan mangsa jatuh dan sekitarnya hari esok," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam, mangsa yang bertugas di Majlis Daerah Lipis (MDL) dilaporkan tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Jelai dekat Tanjung Jati Kuala Lipis ketika membuang air yang bertakung dalam bot terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Petugas Majlis Daerah Lipis dikhuatiri lemas

Artikel Berkaitan: