16 pekerja migran tertidur di landasan digilis kereta api

Anggota polis memeriksa lokasi kejadian selepas kereta api kargo melanggar pekerja migran yang tertidur di atas landasan di Maharashtra barat India. - Foto Reuters/Stringer
Anggota polis memeriksa lokasi kejadian selepas kereta api kargo melanggar pekerja migran yang tertidur di atas landasan di Maharashtra barat India. - Foto Reuters/Stringer
A
A
A

NEW DELHI - Kira-kira 16 pekerja migran yang tertidur di atas landasan digilis kereta api kargo dalam nahas yang berlaku di Maharashtra barat India pada Jumaat.

"Selepas melihat beberapa buruh tidur di atas landasan, pemandu cuba menghentikan kereta api tetapi gagal," kata Menteri Hal Ehwal Perkhidmatan Kereta api Piyush Goyal.

Pekerja itu dikatakan dalam perjalanan balik ke tempat asal mereka yang terletak beratus-ratus kilometer di negara jiran Madhya Pradesh dengan berjalan kaki ekoran kebanyakan perkhidmatan penumpang digantung akibat penularan koronavirus (Covid-19).

Mereka tertidur di landasan kerana keletihan, lapor media tempatan.

Mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital di daerah Aurangabad.-Bernama

Artikel Berkaitan: