JTKSM sedia panduan kendali isu Covid-19 di tempat kerja

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menyediakan Panduan Mengendalikan Isu-Isu Berhubung Wabak Berjangkit Termasuk Novel Coronavirus Di Tempat Kerja yang telah dimasukkan ke dalam Garis Panduan Pengurusan wabak koronavirus (Covid-19) di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu diambil bagi memelihara kebajikan pekerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat.

Sehubungan itu, katanya, majikan perkhidmatan perlu dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi hendaklah melaksanakan langkah-langkah yang ditetapkan.

"Ia termasuklah mengarahkan dan membenarkan pekerja untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar atas biaya majikan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 60F Akta Kerja 1955.

"Membenarkan cuti sakit bergaji atau kelayakan menerima rawatan bagi pekerja yang mempunyai gejala jangkitan.

"Pastikan langkah-langkah pencegahan berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, majikan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja.

"Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki premis kerja, penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan juga luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).