TM kembali operasi 12 Mei, buka semula 180 premis TMpoint

Telekom Malaysia Bhd (TM)
Telekom Malaysia Bhd (TM)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) akan memulakan semula operasinya pada 12 Mei depan yang merangkumi pemasangan dan pemulihan perkhidmatan di premis pelanggan di semua kawasan, kecuali yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD).

Sebanyak 182 gerai TMpoint di seluruh negara juga akan dibuka semula pada tarikh yang sama tetapi dengan skop kerja yang disemak semula - lima hari seminggu dari 8.30 pagi hingga 4.00 petang selama bulan Ramadan, dan 9.00 pagi hingga 5.30 petang selepas Ramadan, tertakluk kepada sebarang peraturan tambahan yang digariskan oleh kerajaan negeri masing-masing.

Dengan operasi perkhidmatannya kembali aktif, TM akan mengutamakan kerja pemasangan dan pemulihan yang tertunggak terlebih dahulu, sebelum meneruskankan kerja-kerja yang baharu.

Fokusnya adalah untuk menyiapkan kerja-kerja pesanan yang belum selesai dan kerja-kerja pembaikan yang belum dilakukan sejak bermulanya PKP, sebelum meneruskan yang baharu.

"Kami akan meneruskan pemasangan dan pemulihan perkhidmatan termasuk aktiviti yang memerlukan pasukan teknikal kami memasuki premis pelanggan di semua zon - hijau, kuning dan merah - supaya pelanggan kami dapat menikmati sepenuhnya perkhidmatan kami dan tetap produktif semasa mereka tinggal di rumah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, TM meminta kerjasama dan persefahaman daripada pelanggan untuk mematuhi protokol keselamatan.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.unifi.com.my. Pelanggan juga dapat menghubungi TM melalui saluran digitalnya termasuk aplikasi myunifi (tersedia untuk Android dan iOS), unifi portal - unifi.com.my, e-mel di help@tm.com.my atau Facebook - https://www.facebook.com/weareunifi. -Bernama

Artikel Berkaitan: