X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster baharu libatkan pekerja kilang di Pedas NS

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap semasa sidang media harian berkenaan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 60 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) di kawasan tersebut.

Menurutnya, kes positif itu melibatkan tujuh warganegara Malaysia, 25 kes Nepal,18 kes Bangladesh, lapan kes Indonesia dan dua Myanmar.

"Seperti yang dimaklumkan pada 2 Mei 2020, KKM telah mengenal pasti satu kluster melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

"Kluster ini mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.

"Beliau telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian Covid-19 telah dijalankan pada 10 April. Pada 12 April, keputusan ujian pengesanan Covid-19 disahkan positif," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan tersebut telah dijalankan.

"Sehingga 8 Mei jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring untuk Covid-19. Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka.

"Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 268 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!