JPJ tambah urus niaga mulai 11 Mei

JPJ
JPJ
A
A
A

KUALA LUMPUR Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menambah urus niaga perkhidmatan kaunternya bermula 11 Mei 2020.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, selain daripada tiga urus niaga yang diumumkan sebelum ini, JPJ akan membuka 13 lagi urus niaga yang melibatkan kenderaan perdagangan iaitu:

1. Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan e-hailing/teksi/kereta sewa;

2. Pembaharuan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bagi kenderaan e-hailing/teksi/kereta sewa;

3. Pendaftaran baru bagi kenderaan komersial

4. Tukar hak milik bagi kenderaan komersial.;

5. Permohonan status vintaj/klasik;

6. Permohonan ubahsuai kenderaan komersial;

Artikel Berkaitan:

7. Permohonan A16 (berat dan dimensi);

8. Permohonan sijil timbang berat (permohonan di Ibu Pejabat)

9. Permohonan pelan teknikal kenderaan (permohonan di Ibu Pejabat);

10. Permohonan pemasangan lampu mata arah (permohonan di Ibu Pejabat)

11. Permohonan pendaftaran PE/ konsultan (permohonan di Ibu Pejabat)

12. Permohonan Component Type Approval (CTA) (permohonan di Ibu Pejabat);

13. Permohonan Vehicle Type Approval (VTA) (permohonan di Ibu Pejabat);

"Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter adalah beroperasi pada hari bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 3 petang sahaja. Walau bagaimanapun urusniaga selepas jam 11 pagi hanya terhad kepada pembayaran e-payment sahaja.

"Justeru, orang awam amat digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran secara e-payment (debit atau kredit kad)," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan bagi beberapa jenis urusniaga sahaja. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pembukaan urus niaga JPJ adalah secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak covid-19 yang melanda negara pada ketika ini.

"Pembukaan urus niaga pada waktu ini adalah lebih memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara.

"Walaupun begitu, adalah diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan pada 24 Mac 2020 lalu," katanya.

Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan jika LKM ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu PKP ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.

JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantai penularan wabak Covid-19.