India cari ubat tradisional untuk penawar Covid-19

Kajian klinikal dijalankan dengan kerjasama antara Kementerian AYUSH, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga serta Kementerian Sains dan Teknologi melalui Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri (CSIR) dengan sokongan Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR).

A
A
A

NEW DELHI - Kerajaan India kini dalam usaha mencari ubat-ubatan tradisional tempatan yang boleh dijadikan penawar penyakit Covid-19.

Menteri Kesihatan, Dr Harsh Vardhan berkata, India mempunyai sejarah perubatan tradisional seperti Ayurveda, Yoga dan Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH).

Kementerian AYUSH yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perubatan tradisional ini sedang melaksanakan 'ujian klinikal untuk menangani masalah pandemik Covid-19.

Kajian klinikal dijalankan dengan kerjasama antara Kementerian AYUSH, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga serta Kementerian Sains dan Teknologi melalui Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri (CSIR) dengan sokongan Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR).

Dalam perkembangan lain, ICMR menolak cadangan kerajaan yang mahu majlis itu menjalankan kajian mengenai manfaat air sungai Ganga dalam merawat pesakit Covid-19.

Majlis itu berkata, data saintifik diperlukan sebelum sebarang kajian mengenainya boleh dilaksanakan.- Bernama

Artikel Berkaitan: