Wanita dakwa bersalin paling pantas di dunia

Ava bersama ayahnya, Carl. - Foto Daily Star
Ava bersama ayahnya, Carl. - Foto Daily Star
A
A
A

PRESTON- Seorang wanita mendakwa dia melahirkan anak paling pantas di dunia apabila bersalin dalam masa hanya dua minit.

Tempoh bersalin wanita tersebut, Terri, 29, yang pantas itu membuatkan doktor yang menyambut kelahiran Ava berasa kagum.

Menurut laporan Daily Star, sebelum ini Terri pernah melalui pengalaman menyakitkan apabila mengambil masa selama 24 jam bagi melahirkan anak pertamanya, Cameron yang kini berusia sembilan tahun.

"Ava baru sahaja keluar dan ia tidak menyakitkan.

"Saya fikir saya secara tidak sengaja membuang air besar kerana yang saya rasakan hanyalah sedikit tekanan. Saya mengangkat kaki saya dan melihat Ava sudah keluar," katanya.

Dia juga berkata, bidan bergegas ke arahnya kerana mereka tidak pernah melihat kejadian begitu.

Ava dilahirkan 17 jam selepas Terri dan pasangannya ke Hospital Royal Preston di England.

Empat tahun lalu, seorang wanita, Daisy Stewart mendakwa dia berjaya melahirkan anak pertamanya, Poppy dalam masa lima minit 17 saat.

Artikel Berkaitan: