Syed Saddiq tidak layak jadi ketua - Hariri

Noor Hariri Mohamed Noor (kiri), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Noor Hariri Mohamed Noor (kiri), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

KOTA BHARU – Pemuda UMNO Kelantan melihat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai seorang yang tidak layak untuk mengetuai Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Syed Saddiq tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi seorang ketua, tambahan pula sering dikaitkan dengan pelbagai isu luaran lain.

“Syed Saddiq ternyata adalah seorang yang penakut apabila tidak berani untuk mengadakan Mesyuarat secara sah bersama-sama Exco Armada sebelum mencapai kata putus dalam mengeluarkan apa-apa pernyataan rasmi Armada.

“Kekecohan berlaku apabila keluar penafian daripada ketua-ketua Armada Negeri tentang pernyataan beliau buat. Tindakan ini amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kenyataan yang dikeluarkan ketua biasanya telah dipersetujui oleh semua pihak. Bukan hanya bertindak atas emosi dan keperluan sendiri,”katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Tidak semua pimpinan Armada sokong kerjasama dengan PH

Menurutnya, Armada memerlukan seorang ketua yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan bijak dalam berpolitik, tanpa membawa sebarang unsur-unsur subversif dan menghasut kepada anak muda.

Beliau berkata, selain itu, Ketua Armada hendaklah memiliki sikap dan watak pendamai, termasuklah mementingkan kelangsungan hubungan serta keharmonian semua parti dalam hubungan Perikatan Nasional.

“Saya lihat Syed Saddiq seorang yang tidak peka dan biasa dengan keadaan sekeliling apabila selalu terperangkap dalam percakapan dan tutur kata.

Artikel Berkaitan:

“Syed Saddiq ternyata masih ditunggangi oleh DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila segala tindak tanduknya menyebelahi PH yang tentunya amat prejudis dan memusuhi Islam dan Melayu,”katanya.