Pahang laksana PKPB dengan pengubahsuaian

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Pahang mengesahkan persetujuan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan pengubahsuaian wajar terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pelaksanaannya.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri telah mengkaji, memperhalusi serta melakukan pengubahsuaian wajar ke atas SOP termasuk penekanan kepada aspek penguatkuasaan yang akan dipertingkatkan oleh agensi terlibat termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Langkah Ini bagi memastikan kesihatan awam atau rakyat terus terpelihara apabila sektor ekonomi dan sektor awam tertentu dibuka semula seperti ditetapkan di bawah PKPB.

"Kerajaan Pahang telah menurunkan kuasanya kepada PBT seperti mana dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 6 Mei lalu," katanya melalui satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, perkara itu turut dibincangkan dan diperhalusi lagi pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri yang dipengerusikan beliau hari ini.

"Langkah Kerajaan Pahang ini selari dengan kenyataan media bertarikh 3 Mei lalu antara lain menyebut tentang sokongan tetapi meminta untuk ‘mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Pahang," katanya.

Artikel Berkaitan: