Sindiket rokok seludup bernilai RM1.7 juta tumpas

Sebanyak 23,700 kartun kotak rokok ditemui(Ihsan PDRM)
Sebanyak 23,700 kartun kotak rokok ditemui(Ihsan PDRM)
A
A
A

SEREMBAN - Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup bernilai RM1.7 juta dalam serbuan di empat lokasi di daerah ini Selasa lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, serbuan pertama di sebuah rumah di Vision Homes di Seremban 2 telah menahan seorang suspek lelaki berusia 25 tahun bersama 50 kotak besar berisi rokok.

"Penangkapan suspek telah membawa polis ke sebuah rumah di Taman Bukit Kepayang di sini yang disyaki dijadikan tempat tinggal sindiket.

"Dalam serbuan dilakukan, polis menemui beg pakaian berisi wang tunai berjumlah RM547,153 dan telah menahan 11 lelaki,"katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Wang tunai berjumlah RM547,153 dirampas(Ihsan PDRM)
Wang tunai berjumlah RM547,153 dirampas(Ihsan PDRM)

Menurutnya, serbuan ketiga dan keempat dilakukan di sebuah rumah di Park Avenue dan Seremban 2 Height di sini, yang disyaki dijadikan lokasi simpanan rokok seludup di daerah Seremban.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis menemui sebanyak 474 kotak besar berisi rokok pelbagai jenama yang keseluruhan mempunyai 23,700 kartun rokok.

"Hasil siasatan awal, sindiket ini mula beroperasi di sini sejak enam bulan dan menyasarkan peniaga di Seremban.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek berusia 18 hingga 29 tahun ditahan reman sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1969," katanya.