EPL destinasi terbaik Donnarumma

Donnarumma
Donnarumma
A
A
A

LEGENDA pasukan kebangsaan Itali, Gianluca Pagliuca menyarankan penjaga gol AC Milan, Gianluigi Donnarumma untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurutnya, dia yakin Donnarumma akan berjaya meraih lebih banyak kejuaraan di EPL berbanding sekiranya terus kekal di kelab Itali itu.

"Dia sudah begitu sebati dengan AC Milan dan saya lihat dia mahu terus kekal bermain di kelab itu. Dia perlu membuat keputusan bijak.

"Dia sendiri tidak tahu adakah AC Milan akan berjaya meraih kejuaraan pada masa akan datang. Bagi saya kejuaraan sangat penting dan ada beberapa pasukan yang berminat dengannya.

"Jika tawaran besar datang, saya akan berfikir dua kali terutama jika tawaran itu datang dari kelab EPL. Jika saya adalah dia, saya akan pergi ke EPL," katanya.

Donnarumma memainkan peranan penting buat AC Milan sejak melakukan di usia 16 tahun pada musim 2015/2016 lalu dan telah mencatatkan 166 penampilan bersama Rossoneri.

Namun, prestasi Milan yang terus gagal menjadi pencabar Serie A membuatkan timbul khabar angin bahawa penjaga gol Itali itu akan berpindah ke kelab lain musim depan.

Peluang Donnarumma untuk keluar dari San Siro juga terbuka luas apatah lagi kontraknya di kelab Itali itu hanya tinggal setahun lagi dan kelab juga sedia melepaskannya.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, Chelsea dilaporkan menjadi kelab dari EPL yang meminati Donnarumma untuk mengisi posisi yang sedang digalas Kepa Arrizabalaga ketika ini.