MOT lancar portal Prihatin pemandu bas pelancong

Sistem Permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Persiaran
Sistem Permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Persiaran
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) mewujudkan portal https://prihatin.mot.gov.my/ untuk memudahkan proses pendaftaran permohonan Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancong/Persiaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementerian itu prihatin dan menyedari permasalahan yang menimpa hampir 10,000 pemandu bas persiaran serta lebih 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran akibat wabak Covid-19.

Menurutnya, syarikat pelancongan yang memiliki Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan atau Perniagaan Agensi Pengembaraan (TOBTAB) yang masih dalam tempoh sah laku dengan Kementerian Pelancongan serta mempunyai lesen kenderaan berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) adalah layak untuk mengisi butiran pemandu masing-masing di portal itu.

Katanya, butiran yang perlu dimuat naik di portal tersebut merangkumi maklumat Mykad, maklumat lesen serta akaun bank pemandu.

"Syarikat diberi masa dua minggu dari 8 Mei 2020 iaitu tarikh pelancaran portal ini untuk mengisi butiran pemandu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setelah butiran pemandu diisi oleh syarikat, senarai pemandu akan disaring untuk memenuhi tiga syarat iaitu warganegara; berstatus lantikan tetap oleh syarikat bas pelancong atau persiaran (mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pemandu juga perlu memiliki Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam atau vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).- Bernama

Artikel Berkaitan: