X

Kindly register in order to view this article
!

Kuala Langat daerah pertama zon hijau di Selangor

Info grafik yang dimuat naik STFC di laman Facebook rasminya berhubung perkembangan wabak Covid-19 di negeri ini.
A
A

SHAH ALAM - Daerah Kuala Langat yang sebelum ini merekodkan 32 kes Covid-19 menjadi zon hijau pertama di Selangor apabila tiada pertambahan kes aktif wabak itu dikesan setakat jam 12 tengah hari semalam.

Menerusi info grafik dimuat naik Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di akaun Facebook rasminya, tiga daerah masih dikategorikan sebagai zon merah iaitu Gombak (232 kes), Hulu Langat (498 kes) dan Petaling (400 kes).

Selain itu, lima daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam (24 kes), Kuala Selangor (49 kes), Klang (180 kes), Hulu Selangor (53 kes) dan Sepang (71 kes) juga direkodkan berada pada zon kuning.

Berdasarkan maklumat STFC, kes positif terbaru Covid-19 di mukim Hulu Yam menjadikan daerah Hulu Selangor kembali berubah status kepada zon kuning.

Sehingga semalam, STFC merekodkan jumlah kes terkumpul wabak Covid-19 di Selangor sebanyak 1,580 dengan 222 kes aktif dan 16 kes baharu.

Malah, negeri ini turut merekodkan sebanyak 1,297 kes sembuh dengan 20 kematian setakat semalam.

Dalam pada itu, STFC mengingatkan penduduk di Selangor bahawa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) di negeri ini turut mewajibkan pemakaian topeng muka dalam setiap urusan.

"Kami mohon supaya anda patuh dan jadikan amalan ini sebagai 'new normal' pada setiap masa," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!