X

Kindly register in order to view this article
!

9 inisiatif CIDB bantu kontraktor, penggiat industri binaan

Datuk Seri Fadillah Yusof
A
A

LEMBAGA Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memperkenalkan sembilan inisiatif kepada kontraktor dan penggiat industri pembinaan bagi mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, inisiatif berkenaan termasuk kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor, penangguhan bayaran levi untuk projek swasta, penangguhan yuran latihan kompetensi kemahiran dan yuran penilaian kompetensi kemahiran untuk pekerja tempatan.

“Inisiatif lain ialah kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor dengan mengecualikan keperluan mata CCD dalam syarat pembaharuan pendaftaran kontraktor untuk tahun 2020 dan penangguhan pengenaan syarat MCORE (G1) ke 2021 yang mewajibkan MCORE untuk G1 ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 1 Januari 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Inisiatif juga memberikan pengecualian syarat Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) dan insentif yuran latihan dalam penyeliaan dan pengurusan serta kad pendaftaran personel binaan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif juga melibatkan insentif yuran Certificate of Approval (COA) di bawah personel binaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!