Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar

No Image Caption
A
A
A

RINGGIT dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan itu di tengah-tengah kelemahan dolar AS yang terus ketara.

Pada 9.10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2950/3050 berbanding dolar AS daripada 4.3220/3280 sewaktu ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Hari Wesak.

Menurut seorang peniaga, pemain pasaran menjangkakan data maklumat gaji bukan perladangan AS bagi April yang akan diumumkan hari ini akan menunjukkan jumlah kehilangan pekerjaan yang ketara susulan penularan pandemik Covid-19.

“Malah, permintaan terus susut akibat pulangan lebih rendah ketika kertas Perbendaharaan AS merosot 10 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura yang susut kepada 3.0426/0504 daripada 3.0417/0470 pada Rabu.

Nota tempatan itu meningkat berbanding yen kepada 4.0405/0510 daripada 4.0651/0719, menokok berbanding pound Britain kepada 5.3249/3382 daripada 5.3472/3555 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6579/6701 daripada 4.6613/6695.- Bernama

Artikel Berkaitan: