13 warga asing sudah ditahan

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lagi warga asing ditahan semalam kerana melarikan diri selepas menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) di tapak pembinaan Pavilion Embassy, Jalan Ampang di sini pada Isnin lalu.

Ia menjadikan jumlah tangkapan adalah seramai 13 orang daripada 145 warga asing yang sedang dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, 13 warga asing itu dikuarantin di hotel untuk tindakan lanjut.

"Usaha memujuk menerusi rakan lain bagi mengesan baki seramai 132 warga asing yang melarikan diri itu masih dilakukan.

"Kita juga sedang mendapatkan bantuan majikan serta sub kontraktor untuk mengesan pekerja mereka itu. Berdasarkan soal siasat mereka dikatakan takut ditangkap," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, kesemua melarikan diri itu adalah antara lebih 300 pekerja tapak pembinaan berkenaan yang disaring selepas ada rakan sekerja mereka positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM buat laporan polis kes 147 warga asing lari pusat kuarantin

Difahamkan, kehilangan 145 pekerja tapak pembinaan yang kesemuanya warga Bangladesh itu disedari seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) ketika proses pemindahan ke sebuah pusat kuarantin di ibu negara sebelum laporan polis dibuat.

Artikel Berkaitan: