Rumah musnah terbakar

Bahagian rumah musnah dalam kebakaran awal pagi, tadi
Bahagian rumah musnah dalam kebakaran awal pagi, tadi
A
A
A

PEKAN - Rumah milik seorang peneroka di Felda Chini 1 di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kebakaran kira-kira jam 5 pagi itu, hampir 70 peratus struktur rumah musnah namun tiada kecederaan melibatkan penghuni dilaporkan.

fire 1
fire 1

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.11 pagi sebelum sembilan anggota ke lokasi bagi tujuan pemadaman dan menyelamat.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bahagian dapur, bilik tidur dan ruang tamu.

"Api dapat dipadamkan namun sebahagian besar struktur rumah musnah.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: