X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP sita sembilan tong gas

Penguat kuasa KPDNHEP menyerbu sebuah kedai runcit di Serdang kerana menjual tong gas melebihi harga kawalan hari ini.
A
A

SERDANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita sembilan tong gas di sebuah kedai runcit selepas pemiliknya didapati menjual gas petroleum cecair (LPG) melebihi harga kawalan, hari ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi kira-kira jam 12.40 tengah hari oleh sepasukan anggota cawangan Kajang dilakukan susulan aduan awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati peniaga kedai runcit terbabit disyaki melakukan kesalahan menjual gas LPG melebihi harga yang ditetapkan kerajaan.

"Gas LPG merupakan barang kawalan di mana peniaga tidak dibenarkan untuk menjualnya melebihi RM19 bagi silinder bersaiz 10 kilogram (kg), RM22.80 bagi saiz 12kg dan RM26.60 bagi saiz 14kg," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peniaga terbabit akan dituduh di mahkamah.

"KPDNHEP akan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan operasi ke atas premis perniagaan iaitu pengilang, pemborong dan peruncit bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan serta tidak mengambil kesempatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Peniaga juga diingatkan untuk memastikan penandaan harga yang jelas pada barangan yang dijual," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!