AADK edar risalah bahaya dadah kepada orang awam

Mohamad Farid menyebarkan risalah kepada orang awam.
Mohamad Farid menyebarkan risalah kepada orang awam.
A
A
A

YAN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Yan telah mengedarkan risalah tentang bahaya dadah di sekitar daerah ini.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, kandungan risalah berkenaan turut diisi dengan panduan mengenal gejala penagihan dadah.

Katanya, ia penting bagi memastikan komuniti mahupun saudara terdekat menyedari akan perilaku mereka yang mula melibatkan diri dengan najis dadah.

"Kita juga turut berkongsi secara ringkas, perkhidmatan asas AADK, misi dan visi serta tema AADK iaitu pencegahan dadah bermula di rumah," katanya.

Mohamad Farid berkata, dengan pendedahan berkaitan dadah ini semua pihak akan merasakan diri mereka berperanan untuk memantau orang sekeliling mereka.

"Kita juga mahu menjadikan AADK sebagai institusi yang mesra masyarakat dan ikhlas berkhidmat membasmi dadah demi kesejahteraan warga Yan," katanya.

Artikel Berkaitan: