Menitis air mata lihat rumah dibaiki

Mariam menunjukkan bumbung bahagian dapur yang sedang dibaiki.
Mariam menunjukkan bumbung bahagian dapur yang sedang dibaiki.
A
A
A

PONTIAN - Seorang warga emas menitiskan air mata kegembiraan apabila melihat sebahagian rumahnya yang menunggu masa menyembah bumi, kini dibaiki.

Mariam Hashim, 66, berkata, dia amat gembira apabila melihat rumah pusaka yang hampir roboh dibaiki semula hasil bantuan Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Mariam bergantung harap dengan pendapatan suaminya, Mahmod Roslan, 57, yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah di Kampung Kelapa.

Menurut Mariam, impian mendiami rumah lebih selesa terpaksa dilupakan memandangkan suami menghidapi penyakit tiriod.

Berkongsi kisah rumah hampir roboh itu, Mariam menangis dan memberitahu keadaannya amat teruk.

Namun dia terpaksa bertahan untuk terus tinggal di situ memandangkan tiada tempat berteduh yang lain.

“Kayu terpaksa digunakan untuk menongkat dapur rumah dari roboh.

“Makcik sangat takut fikirkan rumah ini akan roboh pada bila-bila masa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (6) Mukim Rimba Terjun, Zam Hashim berkata, kerja-kerja baik pulih rumah melibatkan bahagian dapur itu dengan kos dianggarkan RM5,000.

Katanya, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik turut melawat Mariam, baru-baru ini.