MBS kembali aktif tangkap anjing liar

Antara anjing liar yang ditangkap semalam.
Antara anjing liar yang ditangkap semalam.
A
A
A

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kembali aktif melakukan operasi menangkap anjing liar terutama di kawasan Bandar Seremban.

Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Sallehudin berkata, operasi yang bermula sejak dua hari lalu, berjaya menangkap 12 ekor anjing liar di kawasan Wisma Negeri, Wisma Persekutuan, sekitar Istana Hinggap, kawasan Klinik Kesihatan Rasah dan Taman Rasah Jaya.

“Kita sangat komited dalam melaksanakan operasi menangkap anjing liar ini, selepas di kawasan bandar, kita akan memberi tumpuan di kawasan perumahan, mengikut aduan yang diterima.

“Mana-mana pihak yang mempunyai masalah, boleh membuat aduan secara terus ke Unit Call Centre MBS di talian 06-7654444, dan kita akan meneliti setiap aduan yang diterima,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara anjing liar yang ditangkap.
Antara anjing liar yang ditangkap.

Menurut beliau, operasi penangkapan anjing liar ini diuruskan oleh sebuah syarikat swasta yang dilantik, FurryKids SafeHeaven, yang kemudiannya akan membawa pulang ke semua anjing tersebut di penempatan memelihara anjing di kawasan mereka.

Tambahnya, pusat penempatan anjing yang baharu akan dibina di sekitar kawasan Jalan Mantin, dan kini kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

Kata Zazali lagi, pihaknya sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat di Seremban, demi keselesaan dan kesejahteraan bersama bagaimanapun penangkapan anjing liar terpaksa dihentikan sementara berikutan pihaknya tidak mempunyai tempat untuk menempatkan haiwan tersebut kerana kawasan sedia ada sudah sesak.

Artikel Berkaitan: