Thailand catat tiga kes baharu Covid-19

Orang ramai berhimpun di Jabatan Perhubungan Awam di Bangkok bagi menuntut bantuan Covid-19 kerajaan berjumlah 5,000 baht (RM666). - AFP
Orang ramai berhimpun di Jabatan Perhubungan Awam di Bangkok bagi menuntut bantuan Covid-19 kerajaan berjumlah 5,000 baht (RM666). - AFP
A
A
A

BANGKOK - Thailand merekodkan tiga kes baharu koronavirus (Covid-19) hari ini, menjadikan jumlah kes jangkitan meningkat kepada 2,992 kes.

Jurucakap kerajaan berhubung Covid-19, Dr Taweesilp Visanuyothin berkata, ketiga-tiga kes baharu itu membabitkan pesakit warga tempatan.

Menurut Taweesilp, mangsa pertama ialah seorang suri rumah berusia 59 tahun dari Yala dan mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit yang baru pulang dari Malaysia.

Katanya, wanita tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19.

"Dua lagi kes membabitkan lelaki berusia 46 dan 51 tahun menaiki pesawat yang membawa 55 penumpang dari Kazakhstan pada Sabtu lalu. Kesemua mereka menjalani kuarantin sebaik tiba di Bangkok," katanya.

Secara keseluruhannya, angka korban Covid-19 di Thailand kekal 55 orang.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 11 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kes pesakit sembuh bertambah kepada 2,772 kes. - Agensi

Artikel Berkaitan: