Wanita hidup selepas ditanam tiga hari

Polis mengeluarkan Wang yang ditanam anaknya. - Foto Daily Mail
Polis mengeluarkan Wang yang ditanam anaknya. - Foto Daily Mail
A
A
A

SHAANXI - Seorang wanita ditemui masih hidup biarpun sudah tiga hari ditanam oleh anaknya di Wilayah Shaanxi Barat Laut, China.

Menurut Daily Mail, wanita dikenali Wang, 79, yang mengalami lumpuh ditemui oleh polis ketika 'mayatnya' dibawa keluar dari tapak pengebumian.

Polis daerah Jingbian di Wilayah Shaanxi berjaya menyelamatkan wanita itu setelah menantunya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

"Menantunya membuat laporan polis mengatakan wanita itu belum pulang setelah anak lelakinya dikenali Ma, 58, membawanya keluar menggunakan kereta sorong pada jam 8 malam kelmarin," katanya.

Menurutnya, bertindak atas laporan tersebut, Ma ditahan bagi membantu siasatan.

"Ma mengaku menanam ibunya yang masih hidup. Polis segera ke lokasi kejadian dan menemui kubur berkenaan.

"Semasa menggali, polis terdengar suara individu dipercayai wanita meminta tolong.

"Kami terkejut kerana wanita itu masih hidup setelah ditanam hidup-hidup 72 jam tanpa makan dan minum," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Ma kini ditahan dan didakwa atas cubaan membunuh.