MU perlukan empat tahun untuk saingi Liverpool

United memerlukan masa beberapa tahun sebelum mampu kembali menjadi gergasi EPL.
United memerlukan masa beberapa tahun sebelum mampu kembali menjadi gergasi EPL.
A
A
A

MANCHESTER United dilihat memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk kembali menjadi kuasa besar di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menyaingi kemampuan Liverpool dan Manchester City.

Bekas pemain City dan Liverpool, Craig Bellamy berkata, walaupun United sudah mempamekan peningkatan, namun ia belum cukup untuk menandingi keupayaan kedua-dua kelab terbaik EPL itu.

United sedang dalam prestasi terbaik dengan mencatakan 11 perlawanan tanpa kalah sebelum liga ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

"Sebelum Covid-19 melanda ia seakan-akan detik cemerlang buat United. Semua orang bercakap mengenai United pada ketika itu, tetapi mereka belum sampai tahap Liverpool atau City. United memerlukan tiga atau empat tahun untuk sampai ke tahap itu.

"City dan Liverpool mempunyai sesuatu yang unik dalam pasukan selain keseimbangan di setiap sudut yang sukar untuk ditandingi dalam masa terdekat. Sebab itu mereka jauh di hadapan pasukan-pasukan lain," katanya.

Bellamy pernah beraksi bersama Liverpool pada musim 2006/07 serta 2011/12 dan bersama City pada 2009-2011 mengakui United perlu menempuhi detik sukar sama seperti yang dilalui The Reds dan The Citizen sebelum kembali menjadi pasukan kuat.

Dalam pada itu, Bellamy turut menegaskan dia lebih gemar dengan corak permainan City berbanding Liverpool dan lebih tertarik bermain di bawah kendalian Pep Guardiola berbanding Jurgen Klopp.

"Di bawah kendalian Klopp, Mohamed Salah dan Sadio Mane bermain lebih kedalam dan menyerang dengan lima pemain dan juga bertahan dengan lima pemain.

Artikel Berkaitan:

"Struktur City agak berbeza kerana mereka mereka lebih bermain terbuka dan menumpukan kepada sayap pasukan dan ia lebih sesuai dengan corak permainan saya.

"Saya mungkin tidak genius seperti Mane atau Salah yang bijak untuk berada di beberapa posisi. Saya lebih suka mencipta gerakan dan menewaskan lawan satu lawan satu," katanya.

Bellamy turut mengakui menyukai impak yang ditonjolkan pemain City, Raheem Sterling dan Leroy Sane yang menjadi antara nadi pasukan tersebut.

"Semua pemain serangan Liverpool atau City jauh lebih bagus daripada saya. Tetap bagi saya, Sterling dan Sane agak menyerlah. Sane pula mungkin kurang dimainkan tetapi dia melengkapkan pasukan dengan kualitinya," katanya.