Barcelona perlu korbankan Messi

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

GERGASI Sepanyol, Barcelona perlu bersedia untuk melepaskan pemain bintangnya, Lionel Messi sebagai pertukaran untuk mendapatkan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez.

Bekas Presiden Inter Milan, Massimo Moratti menegaskan pertukaran tersebut dinilai berbaloi berdasarkan prestasi semasa Martinez selain keupayaan penyerang muda Inter itu yang kini menjadi buruan beberapa kelab gergasi Eropah.

Pemain kelahiran Argentina itu menarik minat Blaugrana selepas tampil sensasi musim ini bersama Inter dengan mencetak 16 gol dan empat bantuan gol dalam 31 perlawanan.

"Sekiranya Lautaro pergi? Jika Messi adalah penggantinya, saya akan setuju. Jika tidak dapat Messi, mungkin (Paulo) Dybala juga akan menjadi pengganti yang baik untuk Martinez," katanya.

Barcelona dikatakakan telah melakukan rundingan untuk mendapatkan Martinez dan sedia menawarkan Arturo Vidal atau Ivan Rakitic sebagai sebahagian daripada rundingan tersebut.

Namun, Moratti menegaskan Vidal atau Rakitic bukanlah pemain yang setimpal buat Martinez dan mahu Barcelona menawarkan Messi sebagai pertukaran.

Namun, perkara tersebut agak sukar untuk direalisasikan memandangkan Messi masih menjadi pemain harapan buat jaguh La Liga itu.

Dalam masa sama, Moratti berharap gosip perpindahan Martinez itu tidak menjadi kenyataan dan percaya pemain berusia 22 tahun itu belum bersedia untuk bermain di sebuah kelab gergasi seperti Barcelona.

Artikel Berkaitan:

"Dia perlukan masa untuk berkembang dan perpindahan secara mengejut ini bukanlah jalan terbaik untuknya dan saya risau prestasinya akan menurun nanti," katanya.