Rangka, tengkorak manusia dalam tandas

Polis menemui satu rangka dan tengkorak dipercayai milik seorang wanita warga emas dalam tandas di sebuah rumah di Jalan Serunai, Taman Saleng, Senai di sini pada 6 Mac lalu.
Polis menemui satu rangka dan tengkorak dipercayai milik seorang wanita warga emas dalam tandas di sebuah rumah di Jalan Serunai, Taman Saleng, Senai di sini pada 6 Mac lalu.
A
A
A

KULAI - Polis menemui satu rangka dan tengkorak dipercayai milik seorang wanita warga emas dalam tandas di sebuah rumah di Jalan Serunai, Taman Saleng, Senai di sini pada 6 Mac lalu.

Rangka wanita itu dipercayai penghuni rumah yang dikenali sebagai Guai Ahiok@Tan Poh Choo berusia lewat 70-an yang tinggal seorang diri.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima aduan jiran di kawasan tersebut yang memaklumkan perkara itu sebelum melakukan pemeriksaan di kediaman itu.

"Kita menemui sehelai seluar panjang berwarna coklat di atas mangkuk tandas, sehelai coli wanita, sehelai baju berwarna merah mengandungi rangka tulang manusia dan tengkorak kepala di belakang mangkuk tandas.

"Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kulai mendapati punca kematian ialah akibat serangan jantung selepas meneliti dan melakukan semakan ke atas kad rawatan perubatan mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tan Poh Choo
Tan Poh Choo

Pihaknya percaya rangka itu ialah Poh Choo berdasarkan penemuan dokumen mangsa di rumah tersebut yang mempunyai satu penama sahaja.

Beng Yeow meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, mereka boleh juga menghubungi Balai Polis Kulai menerusi talian 07-6632722 sambungan 6459 atau pegawai penyiasat kes tersebut pada talian 013-3373787 (Sarjan Azman) untuk membantu siasatan.